Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya
Pengambilan
makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda
sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya.Ini kerana
pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan
risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar,
tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida.Sejauh
manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit
berbahaya?
1. Kanser (Barah)
Makan
buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon,
perut, paru-paru dan esofagus.Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan
risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium.Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium.Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.
2. Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)
Satu
kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan
Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan
risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak
mengikuti garis panduan itu.
3. Lebihan kolesterol
Kurangkan
pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami
lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung
koronari.
4.
Tekanan darah Tinggi
Mengambil
banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah
lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko
tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan
risiko terhadap penyakit jantung koronari.
5. Osteoporosis
Mendapat
kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai
dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan
kalsium.
6. Spina Bifida
Mengambil
makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik
yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi
bayi daripada mengalami spina bifida.
Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)
Tips Diet Seimbang
Antara
beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.
1.
Banyakkan makan makanan yang berbuah.
Kalau
nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat.Diantaranya
ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah
betik.Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.
2. Banyakkan juga memakan kekacang.
Kacang
pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan
beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan
protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang
soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.
3. Banyakkan minum air.
Air
adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman,
penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan
bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan
kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air
kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah
berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya
6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman
lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.
4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.
Sebenarnya
lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja
dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan
pengambilan lemak berlebihan dengan:
·
Memilih
makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
·
Menggunakan
minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
·
Mengurangkan
penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
·
Memilih
daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
·
Menghadkan
penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad,
krim dan mayonis).
·
Mengamalkan
kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang
mikro atau mengukus) daripada menggoreng.
5. Kurangkan gula.
Makanan
yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi
banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau
serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan
menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang
berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan
masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan
jantung dan sebagainya.
6. Kurangkan garam
Makanan
segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram
seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.Memakan terlalu banyak
garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada
serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu
banyak air di bawah kulit (edema).
Sumber
dari UTUSAN PENGGUNA
_________________________________________________
PELAN LOKASI TABIKA.
_________________________________________________
PELAN LOKASI TABIKA.
No comments:
Post a Comment